• Waktu Operasi: Mon - Fri 9.00 am - 5.30 pm
Tel: +603 62011130 enquiry@sagefuels.com
E-05-13 Plaza Mont Kiara

Produk & Servis

Pengurusan Sisa Buangan Terjadual

Sage Promaster, ingin menjalankan hubungan perkongsian jangka masa panjang bersama pelanggan kami dengan memastikan mereka mendapat servis yang mesra alam, mampan dan boleh dipercayai. Kami berhasrat untuk menyediakan satu penyelesaian yang menggalakkan pelepasan karbon emisi yang lebih kecil dan menjadikan perniagaan anda lebih mampan. “Your business is my business” adalah moto perniagaan kami.

Pengendalian & Pengangkutan

Kami memperolehi lesen daripada Jabatan Alam Sekitar untuk mengendali dan mengangkut sisa buangan terjadual daripada premis kilang anda ke premis kilang kami di Bukit Rambai, Melaka. Kami memiliki rangkaian pengangkutan daripada pelbagai kapasiti dan sangat responsif kepada keperluan anda. Kami hanya memerlukan tempoh notis 5 hari bekerja untuk pungutan dijalankan. On-Time in Full (OTIF) adalah petunjuk prestasi utama yang digunakan oleh syarikat kami, dan akan sentiasa diukur untuk penambahbaikan.  

Fasiliti Pemulihan yang Mampan

Fasiliti kami mempunyai pelepasan karbon yang rendah. Kami juga melabur dalam sistem lain untuk memastikan fasiliti kami beroperasi dengan penggunaan tenaga yang rendah, seperti berikut;



  • Penjanaan Elektrik menggunakan tenaga solar: 200 kWj solar photovoltaic yang dipasang pada bumbung tapak fasiliti.

  • Kecekapan penggunaan air: Sistem penuaian air hujan dipasang untuk menggantikan dan mengimbangi penggunaan saluran paip air yang dibekalkan.

  • Gas bersih: Gas asli dipasang secara langsung dengan menggunakan saluran paip ke dalam fasiliti kami untuk semua aktiviti penghabaan dan pengeringan.

  • Kecekapan tenaga: Kami melaksanakan protokol pengurusan tenaga secara menyeluruh.

Sisa Buangan Terjadual yang dilesenkan

Sage Promaster memperolehi lesen daripada Jabatan Alam sekitar untuk menerima, mengangkut, mengendali dan merawat 14 jenis sisa buangan terjadual dari seluruh Malaysia.