• Waktu Operasi: Mon - Fri 9.00 am - 5.30 pm
Tel: +603 62011130 enquiry@sagefuels.com
E-05-13 Plaza Mont Kiara

PRODUK & SERVIS

Aliran Process Perkilangan Sagefuels®

Kriteria Sisa Buangan Terjadual yang diterima


Kami memiliki sebuah makmal yang mengawal kualiti masuk buangan terjadual melalui kriteria penerimaan sisa. Buangan terjadual yang gagal mematuhi syarat-syarat di bawah kriteria penerimaan sisa tidak akan diproses di dalam fasiliti kami. Ini adalah bagaimana kami melaksanakan kawalan ketat terhadap sisa buangan berjadual yang masuk bagi memastikan kualiti produk kami, Sagefuels® tidak terjejas.


Thermal BioFusion


Kami mempunyai lesen untuk mengendali dan merawat  kesemua 14 kod buangan terjadual dimana teknologi ‘Thermal BioFusion™digunakan . ‘Thermal BioFusion™ adalah satu siri proses yang dimiliki oleh kami bagi membolehkan tenaga pemulihan dari komponen sub-optima sisa buangan terjadual. Ini adalah proses di mana sisa buangan terjadual ditukarkan kepada bahan api pepejal yang dipanggil, Industrial Waste Recovered Fuel (IWRF) bertanda dagangan Sagefuels®.


Sagefuels® (Industrial Waste Recovered Fuel/IWRF)


Industrial Waste Recovered Fuel (IWRF), yang terdiri  daripada buangan terjadual yang dikumpul daripada para pelanggan melalui kombinasi biojisim dengan menggunakan penggabung untuk menyatukan kesemua komponen. IWRF terhasil  daripada proses pengeluaran  dalam bentuk briquette dan sifatnya adalah setanding dengan arang batu. IWRF ini mengandungi 4000 kcal/kg tenaga dan kandungan lembapan kurang daripada 15% yang menjadikannya sebagai pengganti yang sesuai bagi arang batu di kilang simen, loji janakuasa, dandang dan sebagainya.


Pemeriksaan Sebelum Penghantaran


Produk kami melalui proses pemeriksaan sebelum dihantar kepada pelanggan bagi memastikan ia di tahap kualiti terbaik dan di dalam pematuhan produk kami. Jika ia tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan, ia akan dikembalikan ke proses rawatan.