LATAR BELAKANG SYARIKAT
Sage Promaster Sdn. Bhd. ditubuhkan oleh sekumpulan jurutera berpengalaman yang bercita-cita untuk mengubah lanskap pengurusan sisa buangan industri di Malaysia. Apabila sisa buangan terjadual dilupuskan dengan cara dibakar atau ditanam ditapak pelupusan, jurutera kami telah mengenal pasti kaedah rawatan sisa buangan terjadual yang berbeza yang boleh dilaksanakan serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dengan pendekatan ini, ianya menjadi permulaan haluan yang memberangsangkan ke arah teknologi dengan keupayaan pengurangan kadar pelepasan karbon iaitu Thermal BioFusion™️ (TBF). Penyelidikan dan pembangunan terdahulu ke arah hasil rekacipta yang beroperasi di Melaka pada masa ini bermula bertahun sebelum Sage Promaster ditubuhkan lagi. Kerjasama antara jurutera kami dengan Universiti Malaya telah membuahkan hasil teknologi yang dapat mengeluarkan haba pendam daripada kombinasi hasil sisa buangan terjadual yang terpilih dan bahan organik untuk menghasilkan produk IWRF dengan bertanda dagangan Sagefuels ®.
Ciri-ciri yang terkandung dalam produk kami menyerupai arang batu, dimana ia sesuai dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga di kilang simen, loji penjanaan dan sebagainya.
Kami beroperasi sejak akhir tahun 2013, kini, kami memiliki lebih seratus pelanggan daripada pelbagai industri dari setiap negeri termasuk Malaysia Timur.
VISI, MISI DAN NILAI TERAS
PELANGGAN KAMI
Sage Promaster memenuhi kehendak pelbagai jenis pelanggan dari Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) sehingga Syarikat Multinasional (MNC). Kami meliputi pelbagai industri di seluruh Malaysia termasuk Automotif, Aeroangkasa, Gas & Petroleum, Cat, Kimia, Oleokimia, Polimer Plastik, Pembungkusan Kertas dan banyak lagi. Kami bekerja rapat dengan pelanggan bagi memastikan perkhidmatan yang dijanjikan dapat dikendalikan dengan cara yang menepati masa, cekap dan selamat. Kami membina hubungan yang teguh dengan para pelanggan untuk jangka masa yang panjang.





